Tuesday, February 8, 2011

D' NELAYAN BEACH RESORT

DNELAYAN BEACH RESORT

DNelayan Beach Resort adalah sebuah resort peranginan yang terletak di pinggir selat Melaka. Anda hanya perlu memandu melalui lebuh raya utara selatan selama 1 setengah jam dari Kuala Lumpur, 3 jam dari Johor Bharu , 1 jam dari lapangan terbang KLIA dan 30 minit dari pusat bandaraya Melaka bersejarah.

Mempunyai 2 cawangan ia itu DNelayan Sungai Tuang dan Riang Ria Waterpark & Resort. Menginap di sini anda akan dapat menikmati pemandangan yang indah dengan kehalusan pasir pantai, deruan ombak menghempas pantai, menyaksikan mentari terbenam dikaki langit pada waktu senja, kerdipan bintang bintang serta bermandikan cahaya rambulan sambil menyaksikan deretan kapal kapal yang melayari selat Melaka pastinya akan memberikan ketenangan dan kepuasan kepada sesiapa saja yang menginap di resort ini. Dengan pelbagai pakej serta kemudahan yang disediakan tentunya akan memenuhi keperluan event yang anda rancang untuk dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment